Wednesday 7 March 2012

Sunday 4 March 2012

PERLEMBAGAAN PIBG SKBK

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU {PIBG} SEKOLAH KEBANGSAAN BATU KIKIR 72200 BATU KIKIR NEGERI SEMBILAN NAMA DAN ALAMAT

1~ Persatuan ini adalah dikenali dengan nama :
 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BATU KIKIR
 2~ Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini ialah : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU KIKIR, 72200 BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN
 1~ Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam meningkatkan imej sekolah
 2~ Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan aktiviti murid-murid
3~ Untuk membolehkan ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan
 4~ Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berbincang tentang cara memperbaiki taraf pendidikan
 5~ Untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menaambah tabung kewangan sekolah seterusnya melicinkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta ko kurikulum

 FUNGSI PERSATUAN
 1~ Membantu memajukan perkembangan persekolahan murid menjaga kebajikan mereka
 2~ Membantu menambah sumber kewangan bagi meningkatkan kemudahan sekolah
 3~ Membantu menyediakan saluran komunikasi dalam menghubungkan masyarakat dengan sekolah
4~ Membantu mencerikan premis sekolah dalam mewujudkan suasana kondusif bagi pelbagai aktiviti pendidikan

 KEANGGOTAAN PERSATUAN
1~ Semua guru di sekolah
 2~ Semua ibu bapa atau penjaga kepada murid yang belajar dalam sekolah
3~ Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonannya untuk menjadi anggota PIBG SKBK oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pendaftar *** Guru Besar hendaklah dilantik menjadi anggota ‘Ex ~ Officio’ dan ‘Penasihat Persatuan’

 JAWATANKUASA PERSATUAN
 1~ Jawatankuasa hendaklah dilantik oleh anggota persatuan di kalangan sesame mereka pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan iaitu :
 1.1~ Seorang Yang Di Pertua
 1.2~ Seorang Naib Yang Di Pertua
 1.3~ Seorang Setiausaha
1.4~ Seorang Bendahari
 1.5~ Beberapa orang AJK mengikut kesesuaian {antara 1 hingga 10 orang}
 2~ Guru Besar tidak boleh memegang jawatan Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai ‘Penasihat Persatuan’ sahaja
 3~ PPD atau Pendaftar boleh melantik tidak melebihi 2 orang yang bukan anggota persatuan sebagai Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis dari Pendaftar
 4~ Tempoh memegang jawatan adalah bermula dari tarikh perlantikan sehingga ke tarikh Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya atau sehingga ke satu tarikh yang dipersetujui oleh anggota persatuan
 5~ Jika berlaaku kekosongan jawatan. YDP hendaklah melantik mana-mana anggota berdasarkan undian terbanyak di kalangan Jawatankuasa PIBG FUNGSI JAWATANKUASA PERSATUAN
1~ Yang Di Pertua
 1.1~ Menjadi pengerusi dalam semua ,mesyuarat
 1.2~ Mempunyai undi pemutus
1.3~ Menandatangani minit mesyuarat
1.4~ Memanggil AJK bermesyuarat pada bila-bila masa difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar 1.5~ Menandatangani cek atau penyata kewangan
1.6~ Memastikan segala program sempurna teratur
 1.7~ Mendapatkan pandangan Guru Besar dari semasa ke semasa
 2~ Naib Yang Di Pertua
 2.1~ Membantu YDP menjalankan fungsi-fungsi YDP
 2.2~ Menjalankan fungsi YDP ketika ketiadaannya
3~ Setiausaha
 3.1~ Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat
 3.2~ Mencatat. Menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat
 3.3~ Menyedia laporan untuk dibentang dalam mesyuarat
 3.4~ Mengurus hal-hal mesyuarat
 3.5~ Menyimpan rekod-rekod persatuan
3.6~ Menghantar laporan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar dan PPD 4~

Bendahari 4.1~ Mengurus hal-hal kewangan persatuan
 4.2~ Menyedia dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemaskini
 4.3~ Menyempurnakan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember setiap tahun
 4.4~ Menerima derma atau sumbangan bagi pihak persatuan
4.5~ Menandatangani cek atau penyata kewangan
 5~ ` Lain-lain jawatan
 5.1~ Penasihat Persatuan
 A} Menghadiri setipa mesyuarat persatuan tanpa hak mengundi
 B} Mewakili KPM dan JPN dalam mengawal aktiviti persatuan
 C} Berhak menangguhkan mesyuarat atas kepentingan anggota
 D} Meluluskan semua agenda mesyuarat
 E} Memberi penjelasan kepada setiap isu sekolah F
} Memastikan sumbangan anggota tidak membebankan
 G} Menentukan tetamu majlis dilayan mengikut protocol

 5.2~ Juru Audit Dalaman {2 orang}
 A} Mengaudit akaun persatuan pada setiap akhir tahun kewangan
 B} Menjalankan pengauditan secara berkala KUORUM ~ Hendaklah tidak kurang daripada 2 / 3 daripada jumlah ahli MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
1~ Hendaklah diadakan sebelum akhir Mac pada setiap tahun
 2~ Notis tarikh mesyuarat diumumkan kepada anggota 14 hari sebelumnya 3~ Sekiranya kuorum tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, mesyuarat hendaklah dibatalkan, maka satu tarikh baru perlu diumumkan dalam masa 30 hari dari tarikh asal mesyuarat
 4~ Maklumat-maklumat di dalam Agenda Mesyuarat Agung Tahunan :
 4.1~ Ucapan pengerusi
 4.2~ Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
 4.3~ Membentang dan menerima Laporan Tahunan
4.4~ Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumya 4.5~ Membahaskan usul, jika ada
4.6~ Pemilihan Jawatanjuasa PIBG
 4.7~ Pemilihan 2 orang Juru Audit Dalaman
 4.8~ Ucapan Penangguhan
4.9~ Lain-lain hal
5~ Sebarang usul perlu dikemukakan 1 minggu sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan, dengan AJK berhak menapis usul sebelum diluluskan untuk perbincangan
6~ Anggota yang dicalonkan untuk sebarang pemilihan perlu hadir dalam mesyuarat
 7~ Setiap anggota yang dicalonkan perlu mempunyai pencadangn dan penyokong
 8~ Sebarang pemilihan perlu diputuskan secara undian, dengan undian terbanyak dikira sebagai pemenang 

PINDAAN PERLEMBAGAAN
1~ Sebarang pindaan perlu dikemukakan dan diluluskan oleh pendaftar
 2~ Sebarang pindaan perlu dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebelum dikemukakan kepada pendaftar
 LARANGAN 1~ Tidak boleh merangkumi bidang pentadbiran sekolah
2~ Tidak boleh menjadi forum bagi sebarang apa jua isu
 3~ Tidak boleh bergabung dengan mana-mana PIBG sekolah lain atau parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan, organisasi atau pertubuhan
 PEMBUBARAN ***Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut : 1~ Arahan bertulis daripada pihak Pendaftar 2~ Sekolah berhenti operasi

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 34 akan diadakan pada:
Tarikh : 8 Mac 2012
Masa : 2.30 Petang 
Hari : Khamis
Tempat : Dewan SKBK
Perasmian oleh : 
Yang Berhormat Dato Lilah bin Hj.Yasin ( DSNS ) Ahli Parlimen Jempol
 Semua ahli adalah dijemput hadir.

CARTA ORGANISASI



AHLI JAWATAN KUASA PIBG
SK BATU KIKIR
SESI 2011 / 2012

YDP PIBG
EN. A. RAZAK BIN SUPIAN


BIL
NAMA
JAWATAN
1
TN. HJ. KAMAROL ZAMAN BIN OTHMAN
PENASIHAT
2
EN. A. RAZAK BIN SUPIAN
YANG DIPERTUA
3
EN. ROSLAN BIN ABDUL RASHID
NAIB YANG DIPERTUA
4
EN. MAZLAN BIN BABA
SETIAUSAHA
5
TN. HJ. MOHD ZAIDI BIN KARIM
BENDAHARI
(sehingga 03-01-2012)
6
EN. AHMAD JANI BIN SIDEK
AJK
7
EN. MOHAMAD BIN KASSIM
AJK
8
TN HJ MAZLAN BIN YAAKUP
AJK
9
PN MASTIARA BT ABU NAWAR
AJK
10
PN. SITI RADIYAH BT UJANG
AJK
11
PN. ZURAINI BT OTHMAN
AJK
12
PN. SITI NORHUDA BT HJ SULAIMAN
AJK
13
PN. RUSLIZA BT ABD.MUTTALIB
AJK
14
PN. NORMAWATI BT ABIDIN
AJK
15
PN. SALINA BT ZAINI
AJK
16
EN. ZULKARNAIN BIN AZAN
AJK
17
PN. SHAHLAYANTI  BT MOHAMAD
AJK

Aktiviti PIBG

AKTIVITI PIBG